BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 8 November 2011

Bab 12

Maria mengeluh sendirian setelah Pn. Mazilah keluar dari kelas sebentar tadi. Rasa mengantuknya masih belum hilang sejak pagi tadi. Kelas 3 Mawar itu kini kembali gamat dengan suara riuh penghuninya. Ada yang ketawa, berbual, berjalan ke sana ke mari dan pelbagai ragam. Di suatu sudut, Cinta sedang berkhayal sendirian sambil merenung ke luar tingkap kelas itu. Dari tingkap itu dia dapat lihat sekumpulan pelajar sedang bermain bola sepak di padang sekolah. Mungkin waktu Pendidikan Jasmani mereka. Namun, fokus Cinta hanyalah seorang, iaitu Khai. Sungguh bergaya lelaki itu apabila beraksi di tengah padang. Tapi, mana Airell??

Tok!Tok!Tok!

Kedengaran pintu kelas mereka diketuk. Suasana sunyi seketika, masing-masing melemparkan pandangan ke muka pintu. Kelihatan seorang pelajar perempuan dari tingkatan satu sedang tercegat berdiri di situ.
" Kak Maria ada??," tanya pelajar itu. Serentak dengan itu, semua pelajar menunding jari ke arah Maria. Lalu, pelajar itu pun berjalan menuju ke tempat Maria.
Maria masih diam menunggu akan apa tujuan kedatangan pelajar itu. Setibanya di meja Maria, pelajar itu menghulurkan sesuatu kepada Maria. Cinta yang memerhatikan dari jauh mula tertanya-tanya. " Apa tu?," bisik hatinya.
" Untuk saya?? ," kata Maria sambil mengambil sekotak coklat berbentuk hati yang diikat reben merah itu. Pelajar itu hanya mengangguk.
Sudah seminggu Maria menerima coklat seperti itu. Namun, dia masih belum mengetahui siapa penghantar misteri itu. Dia hanya menerima coklat itu daripada pelajar-pelajar tingkatan satu, yang mungkin telah diupah.
" Kalau boleh akak tahu, siapa yang beri coklat ni?," tanya Maria. Pelajar itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Dia cakap jangan beritahu kat akak," jawapan yang sama diberikan oleh pelajar-pelajar lain yang pernah menghantar coklat kepadanya. Kemudian, pelajar itu pun berlalu keluar.
Maria merenung coklat itu. Di atasnya kelihatan sekeping kad di selitkan di celah ikatan reben. Lalu dia mengambil dan membacanya.

' You must be a good runner because.. you are always running in my mind,
You must be a good thief because.. you have stolen my heart,
and i am always be a bad shooter because.. I Miss You Always...

Your secret admire..'


Maria tersenyum sendirian membaca apa yang tertulis di dalam kad itu. Kemudian, dia mengeluarkan lima lagi kad yang pernah diterimanya sebelum ini. Dia membelek satu persatu dan membaca kad-kad itu sekali lagi.

' I'm afraid to close my eyes coz I might think of you.
I'm afraid to open them coz I might see you.
I'm afraid to move my lips coz I might speak of you.
I'm afraid to listen coz I might hear my heart fall for you.

Your secret admire.. '


Itu kad pertama yang diterimanya. Kemudian dia membelek kad yang kedua pula dan membacanya. Tiba-tiba Julia datang dan mengambil salah satu kad di tangan Maria itu.
" Apa ni??," tanya Julia sambil membelek kad itu. Kemudian, dia membaca ayat yang tertulis pada kad biru itu.
" When tears come out of your eyes, reason 'you are sad'.When you smile, reason 'you are happy'. But when you receive a gift without any reason,it means?? 'YOU ARE SPECIAL'.. Your secret admire???!," sengaja diperkuatkan tiga perkataan akhir itu.
" Kau tak cakap pun kat aku kau ada secret admire," kata Julia. Maria hanya tersenyum. " So, siapa lelaki ni??," tanya Julia. Maria hanya mampu menjungkitkan bahunya kerana dia sendiri tidak tahu siapa lelaki romantik itu. Yang dia tahu, dia sudah mula berasa tertarik dengan lelaki itu.
" Apa kata kalau kita siasat??," Julia memberi cadangan. " Maksud kau??," tanya Maria. " Ala, kau ni.. Kita cubalah cari jalan selidik siapa lelaki ni,"kata Julia.
" Erm..betul juga tu," kata Maria sambil mengangguk.
Cinta yang mendengar perbualan mereka berdua itu mula mengerutkan dahinya. Dia juga turut tertanya-tanya siapa secret admire Maria itu.
" Siapa pula secret admire dia ye?," fikirnya sendiri. Kemudian, dia terdiam seketika. " Jangan-jangan......,"

Di sebuah lorong, Airell sedang berdiri sambil membaca notis-notis yang ditampal pada papan kenyataan di situ. Lagaknya kelihatan seperti menunggu seseorang. Sebentar kemudian, seorang pelajar tingkatan satu datang menghampirinya.
" Macamana??," tanya Airell. Pelajar itu tersenyum sambil mengangkat tangannya sebagai isyarat semuanya berjalan dengan lancar. Airell turut tersenyum melihat reaksi dari pelajar itu.
" Ok, ni upah kamu," kata Airell sambil membuka dompetnya dan mengeluarkan sekeping wang kertas RM5 lalu diberikan kepada pelajar itu. Pelajar itu tersenyum lebar menerima wang itu. Kemudian, dia berlalu pergi.
" Hmm.. dah agak dah..nampaknya dalam diam-diam si Airell dah aturkan rancangan yang perfect rupanya," kata Cinta yang sedang mengintip mereka di sebalik dinding di situ.

0 ulasan: