BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 3 April 2011

Bab 7


       Lyra berdiri di hadapan bilik itu dengan penuh sabar menunggu tuan empunya bilik itu dating. Sudah hampir 30 minit dia berdiri di situ, sejak dari pukul 6.45 pagi tadi lagi. Wah, memang begitu bersemangat sekali dia pada pagi itu. Semalam, semalaman dia cuba memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dia alami sekarang. Akhirnya dia buat keputusan untuk berjumpa dengan pengetua untuk meminta pengetua mengambil tindakan ke atas The Hot. Dia yakin pengetua akan membantunya. Tambahan lagi, dia memang agak rapat dan mesra dengan pengetua. Jadi, apa perlu dia takut?
         “ Lyra.. ada apa ni?,” tiba-tiba Tuan Pengetua menegurnya dari belakang.
         “ Err.. tuan.. saya.. saya nak jumpa dengan tuan. Ada perkara perlu dibincangkan dengan tuan,” kata Lyra. Tuan Pengetua memandang jam tangannya, kemudian memandang Lyra dan tersenyum.
         “ Pukul 8.30 nanti saya ada mesyuarat, masih sempat lagi. Masuklah,” kata Tuan Pengetua sambil membuka pintu biliknya dan masuk diikuti oleh Lyra.
         Tuan Pengetua meletakkan beg bimbit yang dibimbitnya sebentar tadi ke atas meja dan duduk di kerusi di hadapan meja itu. Kemudian, beliau member isyarat supaya Lyra turut duduk di atas kerusi di hadapannya itu. Tanpa berkata apa-apa Lyra melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.
          “ Jadi, apa masalahnya?,” Tanya Tuan Pengetua lembut.
          “ Err.. tentang The Hot.. Mereka sebarkan cerita yang tidak benar tentang saya.. Dah hampir seminggu perkara ni berlarutan,” kata Lyra. Pengetua mengangguk tanda dia mendengar luahan Lyra itu.
           “ Tuan tahu yang mereka sering keluarkan keterangan palsu, tapi kenapa tuan tak pernah ambil tindakan?,” soal Lyra. Untuk seketika Tuan Pengetua tersenyum mendengar kata-kata Lyra itu.
           “ Sebab tak ada orang yang datang kepada saya membuat laporan supaya saya melakukan sesuatu atas perbuatan mereka itu. Bila tak ada orang yang dating mengadu, itu bermakna semua warga di sekolah sukakan berita dalam akhbar tu,” kata Pengetua panjang lebar.
           “ Saya memang sentiasa menunggu seseorang datang kepada saya.. Dan, kamulah orangnya. Baiklah, disebabkan sekarang dah ada yang dating mengadu, selepas ini saya akan cuba lakukan sesuatu,” sambung pengetua lagi. Lyra membulatkan matanya mendengar kata-kata pengetua itu.
           “ Tak buat sesuatu sebab tak ada orang datang mengadu, sedangkan dia dah tahu perkara tersebut,” fikir Lyra dalam hatinya. Tapi, rasa hendak tergelak pun ada apabila memikirkan perkara itu.
           “ Err.. terima kasih pengetua..,” kata Lyra.
          “ Ada apa-apa lagi ke?,” Tanya Tuan Pengetua. Lyra hanya menggelengkan kepalanya.
          “ Aha, sebelum saya terlupa. Pn. Hafsah perlukan bantuan beberapa orang senior untuk turut serta dalam aktiviti Khidmat Masyarakat pelajar tingkatan satu hujung minggu ini. Dan kalau kamu masih ingat pada denda kamu, saya rasa kamu dan tiga orang lagi tu akan ke sana bersama mereka nanti,” kata Tuan Pengetua. Sekali lagi Lyra membulatkan matanya. Huh!

            “ Hai Moon.. awak ada tak tu?,” Tanya Lyra, apabila merasakan kehadiran lelaki itu di sebalik tembok sana.
            “ Hai.. Yes, always here for you..,” kata Moon. Lyra tersenyum mendengar kata-kata Moon itu. “ Ada berita gembira? Suara awak macam ceria-ceria je,” Tanya Moon.
            “ Ya.. saya dah jumpa jalan penyelesaian kepada masalah saya walaupun masih ada lagi masalah yang tinggal.. Terima kasih untuk nasihat awak tempoh hari,” kata Lyra dengan gembira.
            “ Baguslah kalau macam tu, saya juga tumpang gembira,” kata Moon, namun tak seceria Lyra.
            “ Err.. Moon, boleh tak saya Tanya sesuatu?,” Tanya Lyra.
            “ Silakan..,” jawab Moon. Lyra tersenyum dan bertanya,” Awak berada kat sini untuk tenangkan fikiran juga kan? ,” Tanya Lyra.
            “ Ya..,” jawab Moon ringkas.
            “ Apa masalah awak?? Dengar suara awak, saya dapat rasa yang awak pun ada masalah juga. Cubalah cerita.. Ya, saya tahu, orang lelaki ni ego, tak suka luahkan perasaan kat orang perempuan ni.. But trust me, you’ll feel better after that.. Lagipun, kita kan kawan..friends don’t hide thing from each other, right?,” kata Lyra. Kedengaran Moon ketawa.
            “ Hurm…..,” Moon mengeluh kemudian mendiamkan diri. Lama. “ Saya ada seorang adik perempuan, Cuma saya dan dia,” akhirnya dia bersuara. “ Saya sayang sangat-sangat kat dia dan memang saya ambil berat semua pasal dia. Suatu hari, saya dapat tahu dia bercinta dengan lelaki yang saya tahu memang buaya. Saya dah nasihatkan dia tapi dia tak dengar. Sampailah suatu hari dia nampak sendiri lelaki itu keluar dengan perempuan lain. Kerana terlalu sedih dia lari pergi, tapi…….,” cerita Moon terhenti di situ. Kedengaran dia megeluh sekali lagi.
            “ Tapi apa??,” Tanya Lyra.
            “ Dia accident ketika lintas jalan raya itu. Dan sekarang dia dalam keadaan koma, tapi minda dia sedar. Dia faham dan dengar semua yang berlaku di sekeliling, tapi dia tak boleh bergerak dan bercakap,” sambung Moon lagi.
            “ Oh, saya tumpang simpati Moon.. Tak sangka masalah awak memang amat berat sekali,” kata Lyra penuh simpati. Dia sendiri berasa sayu mendengar cerita Moon itu.
            “ Saya akan doakan adik awak,” kata Lyra lagi. “ Terima kasih,” kata Moon.
            “ Kasih diterima,” kali ini Lyra pula berseloroh. Moon tergelak mendengar Lyra mengulang ayatnya itu.
            “ Bagaimana dengan awak? Ye, awak memang cakap awak ada masalah, tapi awak tak pernah cerita pasal masalah awak. Kali pertama saya dengar awak kat sini, awak menangis. Kenapa?,” Tanya Moon.
            “ Err.. masalah saya tak seteruk masalah awak.. just a girl stuff,” kata Lyra sambil tergelak, terasa malu untuk menceritakan perkara yang menyebabkan dia menangis tempoh hari.
            “ Boyfriend??,” Tanya Moon.
            “ Tak juga. Saya ada sukakan seseorang, dan saya yakin yang dia pun sukakan saya juga. Tapi itu dulu, sekarang saya sendiri keliru. Sebab dia cuba jauhkan diri dari saya. Tapi, saya tak salahkan dia. Ada orang lain yang menyebabkan perkara ni berlaku,” kata Lyra dengan nada benci.
            “ Hurm… kadang-kadang sesuatu perkara tu tak berlaku macam yang kita rancang. Kita tak boleh nak expect apa yang akan berlaku, kan?,” kata Moon.
            “ Ya, memang susah nak jangka,” kata Lyra. Kedua-duanya memandang ke bintang-bintang indah di langit, mencari ketenangan.

0 ulasan: