BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 26 Mac 2011

Bab 4

Cinta membasuh tangannya sambil merungut sendirian di dalam tandas. “ Eee, lelaki tadi tu memang betul-betul tak guna la.. Dia sengaja nak malukan aku! Nasib baik Khai takde kat situ tadi ,” kata Cinta geram. “ Tak boleh jadi macam ni, aku tak boleh biarkan dia terus kenakan aku hanya kerana dia tahu rahsia aku. Aku kena cari jalan ni,” kata Cinta lagi.
Seketika kemudian, dia terdengar satu suara dari luar tandas itu. Dia berjalan perlahan-lahan untuk mengintai ke luar tandas itu. Kelihatan Airell sedang duduk sambil turut merungut sendirian di atas tangga yang berada di sebelah tandas itu.
“ Ee.. geramnya aku dengan si Zul tu, bukan main mesra lagi dia dengan Maria. Kalau boleh, nak je aku belasah-belasah dia tu! Tak tahu ke yang Maria tu bakal isteri aku? ,” katanya sendirian. Cinta agak terkejut mendengar kata-kata Airell itu tadi. Cuma ada seorang je pelajar bernama Maria di sekolah itu, dan Maria itu adalah Maria yang satu kelas dengannya. ‘ Dia suka Maria? ’bisik hatinya. Namun kemudian, dia tersenyum sendirian.
Lalu dia berjalan keluar dari tandas itu dan turun melalui tangga yang sedang Airell duduk itu sambil bersiul. Airell agak terkejut melihat Cinta yang tiba-tiba muncul itu. Cinta terus berjalan turun tanpa menghiraukan Airell tetapi dia sempat tersenyum sinis kepadanya.
Airell mula terpaku sebentar. “ Jangan-jangan dia dengar tak tadi? Habislah aku.. Kalau dia sebarkan tentang perkara ni, mana aku nak letak muka aku ni? ,” kata Airell sendirian.


Cinta berjalan menuju ke kelasnya. Dalam fikirannya, dia sedang mengatur satu rancangan tentang bagaimana dia akan kenakan Airell. Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan kata-kata lelaki itu tadi. Tak sangka betul, dalam ramai-ramai perempuan, Maria yang dia pilih. Perempuan talam dua muka itu! Cinta tergelak sendirian. Maria, rakan sekelas dan juga jirannya memang tidak disenangi oleh Cinta. Bagi Cinta, perempuan itu hanya seorang yang hipokrit. Semua orang di sekolah fikir dia adalah seorang gadis yang boleh dikatakan ‘sempurna’, dengan kesopanannya, budi bahasanya, kelembutannya, keramahannya dan bermacam-macam kesempurnaan lagi. Tapi sebaliknya bagi Cinta yang sudah mengenali gadis yang menjadi jirannya itu sejak kecil lagi. Kesemua ciri-ciri yang dianggap ‘sempurna’ itu sebenarnya hanyalah suatu kepura-puraan semata-mata. Kerana apa? Hanya tiga sebab, untuk menjadi popular, disayangi dan disanjungi.
Cinta masih lagi ingat, banyak masalah yang telah diberikan oleh Maria kepadanya. Salah satunya ialah dia dituduh mencuri wang ibu bapa Maria sehingga menyebabkan dia dirotan oleh ibu bapanya sendiri. Waktu itu Cinta baru berusia 12 tahun. Tapi Cinta tahu, wang itu sebenarnya telah dicuri oleh Maria dan dia dijadikan sebagai kambing hitam. Kadang-kadang terfikir juga dalam fikirannya yang perempuan itu menjadi begitu kerana terlalu dimanjakan. Maklumlah, anak tunggal, tambahan lagi lahir dalam keadaan yang penuh dengan kemewahan.
Tiba-tiba, dia berasa lengannya dicengkam oleh seseorang. Dia cuba untuk melihat siapa yang sedang mencengkam lengannya itu. Namun belum sempat dia berpaling, dia telah ditarik dengan agak kuat oleh orang itu. Lalu dia terdorong ke tepi kelas itu di mana tiada orang di situ kecuali seorang, orang yang menarik dia ke situ.
“ Kau???! ,” kata Cinta separuh menjerit apabila melihat Airell yang masih lagi memegang lengannya.
“ Ye, aku.. Kenapa kau terkejut sangat ni? Macam baru nampak hantu je ,” kata Airell.
“ Bukan baru nampak hantu, tapi syaitan ,” kata Cinta sambil merentap lengannya yang dipegang oleh Airell.
“ Ooo..syaitan. Aku tak nampak pun? ,” kata Airell lagi.
“ Sebab kaulah syaitan tu! ,” kata Cinta pula menyindir Airell. “ Kau nak apa heret aku ke sini? Tak habis-habis lagi nak ganggu hidup aku? ,” sambung Cinta lagi.
“ Aku nak tanya kau sikit ni.. ,” Airell mula bersuara.
“ Apa? ,” tanya Cinta.
“ Kau dengar ke apa yang aku cakap kat tangga tadi tu? ,”tanya Airell kepada Cinta.
“ Tentang kau ni suka kat Maria? ,” tanya Cinta pula sambil cuba untuk berjalan pergi dari situ. Airell terkejut mendengar kata-kata Cinta lalu mengejar Cinta dan berdiri di hadapannya bagi menahan Cinta daripada terus berjalan pergi.
“ Kau ada cakap kat siapa-siapa tak pasal ni?,” tanya Airell lagi.
“ Kenapa? Kau takut? ,” tanya Cinta sambil memandang sinis ke arah Airell.
“ Lebih baik kau jangan cakap kat siapa-siapa, kalau tidak...,”
“ Kalau tidak apa? Kau nak bunuh aku? ,” sindir Cinta sebelum Airell sempat menghabiskan ayatnya. Airell kelihatan geram melihat air muka Cinta yang selamba itu namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kalau di hadapannya itu adalah lelaki, dah lama dia belasah lelaki itu. Tapi masalahnya, di hadapannya itu adalah perempuan. Cinta hanya tersenyum sinis, kemudian dia berlalu pergi dari situ sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu. Airell masih lagi berdiri sendirian di situ sambil mengetap bibirnya.

0 ulasan: