BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 29 Mac 2011

Bab 5


          “ Apa???!!  Kerja sosial???!! Dengan D.I.E???!!  3 bulan??!!! ,” Anisah terkejut mendengar cerita Lyra itu sebaik pulang dari bilik pengetua sebentar tadi. Lyra mengangguk.
           “ Aku tak kisah kena denda buat apa, selama mana sekalipun. Tapi….. dengan D.I.E?? Huh!! Ni lah denda yang paling teruk aku pernah dapat,” keluh Lyra.
           “ Hurm.. sabar je la Lyra,” kata Anisah cuba menenangkan hati sahabatnya itu. Dia tahu Lyra sedang tertekan sekarang dengan pelbagai masalah yang dating bertubi-tubi kepadanya. Dengan Ray yang menjauhkan diri darinya, lepas tu, The Hot yang tak habis-habis mengeluarkan isu yang tidak benar mengenai dirinya. Dan sekarang, dia kena denda buat kerja sosial pula dengan D.I.E.
             “ Kesian kawan aku yang sorang ni ,” desis hati kecil Anisah.

             “ The Hot ni memang tak habis-habis keluarkan kenyataan palsu. Aku dengan perempuan tu?? Huh, mengarut! ,” kata Evan sambil melemparkan semula akhbar itu ke atas mejanya.
             “ Aku kena bersihkan balik nama aku ni,” kata Evan.
             “ Apa kau nak buat?? ,” Tanya Irfan. Evan memandang Dennis dan Irfan dengan senyuman jahatnya. Sebaik melihat senyuman itu, Dennis dan Irfan mula mengerti bahawa dalam kepala lelaki itu sudah bermain-main dengan rancangan jahat yang disusun rapi.
              “ Erm.. tak kisah la apa rancangan kau, tapi aku rasa hari ni aku tak boleh join kot.. Aku ada hal, kena balik awal.. Perjumpaan kelab petang nanti pun aku tak dating kot,” kata Dennis. Sememangnya dia betul-betul ada hal hari itu. Emaknya ada kerja petang itu, jadi dia yang perlu menggantikan emaknya.
              “ Owh..ok, aku faham ,” kata Evan. Dennis tersenyum kemudian berkata, “ By the way, good luck la tak kisah apa pun rancangan kau.”
              “ Ok, dude..,” kata Evan seraya menumbuk bahu rakannya itu.
              “ Tapi.. apa rancangan kau tu?,” Tanya Irfan.
              “ Nanti petang aku beritahu kau.. Waktu perjumpaan kelab. Dan lagi satu, nanti aku nak pinjam kamera kau ye? Kau ada bawa tak?,” Tanya Evan.
             “ Ada ni, “ kata Irfan sambil menunjukkan kameranya itu. Kamera itu memang sentiasa bersamanya. Memang sudah menjadi hobi dia menangkap gambar. Jadi, tidak hairanlah kalau dia menjadi ketua editor majalah sekolah itu. Dia pernah ditawarkan untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa The Hot, tapi dia menolak mentah-mentah tawaran itu. Dia bukan jenis yang gilakan wang sehingga sanggup menyebarkan cerita-cerita palsu. Bagi dia, semua ahli jawatankuasa The Hot itu mata duitan.
              Evan tersenyum sekali lagi. “ Nampaknya rancangan aku ni akan berjalan lancer,” katanya di dalam hati.

            
          Evan berlari dan memetik sekuntum bunga ros daripada sebatang pokok di taman sains sekolah itu sambil memandang kiri kanan, risau kalau cikgu atau mana-mana pelajar ternampak perbuatannya itu. Memang sudah menjadi peraturang di sekolah itu, ‘Dilarang Memetik Bunga atau Daun’, ‘ Dilarang Memijak Rumput’, ‘Dilarang Mematahkan Pokok’ dan bermacam-macam ‘Dilarang’ lagi. Yang pasti semua peraturan itu hanya sekadar peraturan bagi dia dan dua lagi rakannya. Siapa yang tak tahu moto mereka, ‘ Peraturan dicipta untuk dilanggar ‘ .
           Kemudian, dia kembali semula ke kelas dan mencari seseorang di dalam kelasnya sendiri. Ya, itu dia! Omar! Lelaki yang duduk di tepi tingkap itu begitu tekan sekali membaca buku. Kaca mata berbingkai hitam tebal itu kelihatan menyeksakan sekali di atas hidungnya yang kurang mancung itu. Wajahnya yang penuh jeragat itu membuatkan ramai perempuan takut dan menjauhkan diri darinya. Ditambah lagi dengan dua gigi hadapan yang jongang, memburukkan lagi pemandangan orang lain untuk melihat wajah itu. Omar juga seorang yang lurus, terlalu lurus bendul. Dan mudah mengikut semua perintah orang lain. Dengan kata lain, tahap keyakinan dalam dirinya sangat rendah. Kerana itulah dia sering dibuli bukan sahaja oleh teman-teman sekelasnya, malah oleh junior sekalipun.
            Evan berjalan menuju kea rah Omar sambil masih terus memegang bunga ros tadi.
            “ Err.. Omar, kau boleh tolong aku tak??,” tanya Evan kepada Omar. Omar mendongak, mengangkat mukanya daripada terus menatap buku di hadapannya itu. Serentak dengan itu, dia mula gelabah melihat Evan di hadapannya itu. Biasanya Evan suka kenakan dia, tetapi hari itu tiba-tiba pula Evan bercakap lembut dengannya.
             “ To..tolong apa?,” Tanya Omar takut-takut. Evan tersenyum.
             “ Nah, tolong hantar bunga ni pada pelukis tu, Lyra,” kata Evan sambil menghulurkan ros tadi kepada Omar.
             “ Err.. tapi, dia kan kekasih awak,” kata Omar lagi sambil perlahan-lahan mengambil bunga ros yang dihulurkan itu. Wajah Evan berubah merah mendengar kata-kata Omar itu. Jelas kelihatan geram apabila orang ramai mula mempercayai berita itu. Tapi dia cuba mengawal perasaannya itu. Omar sudah mula terkejut melihat perubahan wajah Evan itu. Dia tersalah cakap ke??
             “ Sebab tu la saya bagi dia bunga ni.. Tapi, saya tak boleh bagi sendiri sebab saya banyak kerja sekarang. Jadi, saya suruh awak tolong saya.. Boleh kan??,” kata Evan mereka-reka cerita. Dia tahu, reka apa-apa cerita sekalipun lelaki lurus itu tetap akan percaya.
             “ Err…sekarang??,” Tanya Omar. Evan mengangguk. Lalu Omar bangun teragak-agak dan keluar dari kelas itu. Sebelum itu dia sempat berpaling memandang Evan. Evan terus senyum kepada Omar yang dibuat-buat. Sebaik Omar keluar dari kelas itu, Evan segera memanggil Irfan, dan member isyarat supaya membawa kameranya sekali.
              “ Cepatlah..,” kata Evan. Mereka berdua turut keluar dari kelas itu dan mengekori Omar.
             Omar berjalan menuju ke kelas Lyra, kelihatan dari jauh Lyra berdiri di luar kelasnya sambil berbual dengan beberapa rakan-rakannya yang lain.
                 “ Kan saya dah cakap berita tu tak benar,” kata Lyra kepada rakan-rakan perempuannya itu. Jenuh dia nak memberikan kenyataan itu kepada semua yang bertanya sepanjang hari itu.
                “ Err.. Lyra!,” panggil Omar. Semua pelajar-pelajar perempuan di situ berpaling kepadanya. Kemudian mereka mula meminta diri untuk pergi. Tinggal Lyra sahaja di situ.
                “ Ada apa Omar?,” Tanya Lyra.
                “ Err… nah, bunga ,” kata Omar sambil menghulurkan bunga ros di tangannya itu kepada Lyra. Lyra meluaskan matanya, terkejut dengan kelakuan Omar yang tiba-tiba memberinya bunga itu.
                “ Cepatlah tangkap gambar diorang tu,” kata Evan kepada Irfan yang sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh. “ Aku tengah buatlah ni,” kata Irfan.
                “ Kenapa tiba-tiba bagi bunga ni??,” kata Lyra dan perlahan-lahan mengambil bunga itu dari tangan Omar. Tidak sampai hati rasanya jika dia tidak mengambil bunga itu.
                “Bukan saya yang bagi.. Evan yang bagi ,” kata Omar. Sebaik mendengar nama lelaki itu, wajah Lyra berubah merah. Apa muslihat dia kali ni??? Lalu Lyra mencampakkan bunga itu ke bawah dan memijak-mijak bunga itu. Kemudian, dia memandang ke sekelilingnya, mencari kelibat lelaki itu. Nasib baik Evan dan Irfan sempat menyorok di balik dinding. Kemudian, Lyra masuk ke kelas dengan geram, meninggalkan Omar yang terpana melihat reaksi Lyra sebentar tadi.
                “ Huh, nyaris tadi. Kenapa dia buat macam tu? Macam tahu-tahu je yang tengah buat sesuatu,” kata Irfan. Evan hanya menjungkitkan bahunya.
              
                “ Aku rasa gambar ni lagi elok la,” kata Irfan.
                “ Hurm..betul jugak kata kau,” kata Evan.               
Kedengaran suara Evan dan Irfan yang leka menjalankan kerja jahat mereka di bilik redaksi.
               “ Ok.. semu dah siap..Settle! ,” kata Evan sambil memasukkan semua kertas-kertas yang berkenaan ke dalam sepucuk sampul yang bersaiz A4. “ Sekarang Cuma perlu letakkan sampul ni kat atas meja dalam bilik tu je,” kata Evan dan tersenyum jahat memikirkan apa yang akan berlaku nanti.
               “ Nanti, bersihlah sikit nama aku,” kata Evan.
               Irfan juga turut tersenyum jahat. Itulah D.I.E… Tak habis-habis buat kerja untuk kenakan orang.
            

2 ulasan:

WITHOUT A SOUND berkata...

hihihihi mesti Lyra bengang habis kan..^^

tQ ntuk entri ni n smbung cpt2 ye >.<

Tanpa Nama berkata...

cepat2 lah sambung.. sape kah moon itu??