BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 30 Mac 2011

Bab 6


Lyra dengan penuh bengangnya berjalan menuju ke kelas 5 Beta. Wajahnya kemerahan menahan rasa marah yang kini berapi-api. Kali ini, sudah dua kali dia menuju ke kelas itu dengan perasaan itu. Sebaik tiba di hadapan kelas itu, dia tidak mengetuk mahupun member salam, sebaliknya dia terus menerjah masuk dan melilau mencari D.I.E. Mujurlah tiada guru di dalam kelas pada waktu itu. Sebaik ternampak apa yang dicari, sia segera menuju kea rah mereka bertiga.
      “ Korang memang kurang ajar ye??!!!,” jerit Lyra geram kepada mereka bertiga. Di tangannya masih kemas menggenggam The Hot. Semua mata memandang ke arah mereka. Namun Lyra sudah tidak menghiraukan pandangan itu semua lagi.
      “ Aku tahu kali ni memang bukan kerja The Hot, tapi kerja korang!! ,” kata Lyra lagi. Namun mereka bertiga buat tidak peduli dengan apa yang dikatakan Lyra itu. Namun, dalam diam, Evan dan Irfan tersenyum sendiri.
       “ Korang kalau tak susahkan hidup orang boleh tak..???!! Eii, memang tak guna!!!,” kata Lyra sambil melontarkan The Hot di hadapan mereka. Kemudian terus keluar dari kelas itu, malas nak terus menengking tiga pelajar yang tak ada perasaan itu.
       “ Apa yang korang buat sampai dia naik gila macam tu sekali??,” Tanya Dennis kepada Evan dan Irfan sambil mengambil The Hot yang dilontarkan Lyra sebentar tadi. Sekali lagi Evan dan Irfan tersenyum.
       “ Huh! Rahsia sebenar akhirnya terungkai. Lyra vs Omar.. Rupanya selama ini, Lyra berselindung di sebalik Ray dan Evan semata-mata untuk menutup hubungannya dengan Omar, budak 5 Beta. Mereka berdua dikatakan sudah lama bercinta, sewaktu Lyra mula menjejakkan kaki di sekolah ini lagi. Namun, siapa yang tahu? Sungguh mengagumkan sepanjang waktu itu mereka mampu menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan orang ramai. Beberapa orang pelajar turut melaporkan pernah ternampak mereka berdua pernah berjalan berdua-duaan di Delion Mall baru-baru ini………,” Dennis membaca kuat berita yang bertajuk “LUKIS DENGAN LURUS” itu. Kemudian, dia terus tergelak.
         “ Patutlah dia bukan main marah lagi tadi. Korang ni memanglah…,” katanya dengan tawa yang masih tersisa. “ Yang paling aku tak tahan tajuk dia tu, pandai pula korang fikir tajuk tu,” kata Dennis. Kemudian Irfan dan Evan turut tertawa.
         “ Aku tahu, The Hot mesti akan cetak berita sensasi ni walaupun dia tak tahu siapa yang letak sampul tu atas meja dia,” kata Evan.
         “ Macamana kau masuk bilik tu? Bilik tu kan berkunci..,” Tanya Dennis.
         “ La, kau ni macam tak biasa je.. Macam yang kita selalu buat tu la,” kata Irfan.
         “ Ye la.. tapi aku rasa bilik tu mengalahkan bilik kebal, kena bagi kod la, macam-macam,” kata Dennis.
          “ Owh.. aku lupa bagitahu kau yang aku dah jumpa software yang boleh kesan kod rahsia yang kita cari selama ni,” kata Irfan.
          “ Wah..Hebat!,” kata Dennis teruja mendengar berita yang disampaikan oleh Irfan itu.
           “ Nanti bolehlah kita……,”belum sempat Dennis menghabiskan ayatnya, Omar tiba-tiba menghampiri mereka. Di tangannya turut menggenggam senaskhah The Hot.
           “ Err.. Evan, kenapa berita ni cerita macam ni? Kenapa dia cakap saya bercinta dengan Lyra?,” Tanya Omar kepada Evan.
           “ Oh.. tu sebab kamu berdua memang bercinta la. Kan semalam Lyra ambil bunga yang kamu bagi tu.. So, bila orang perempuan ambil bunga dari seorang lelaki tu bermakna dia sudi jadi teman wanita kamu. Maknanya sekarang kamu berdua bercinta la,” terang Evan penuh terperinci kepada Omar yang lurus itu.
            “ Tapi..bukan ke semalam Evan yang bagi bunga tu sebenarnya? Dan dia pijak bunga tu lepas ambil dari saya,” kata Omar kurang faham.
            “ Err..memang dari saya, tapi semua itu tak dikira, apa yang dikira ialah dari tangan siapa perempuan tu ambil bunga tu.. dan pijak-pijak bunga tu memang tradisi apabila seorang perempuan bersetuju untuk bercinta dengan lelaki tu,” kata Evan lagi, mula mengarut yang bukan-bukan. Omar menggaru-garu kepalanya.
            “ Err.. jadi memang saya dengan Lyra sekarang pasangan couple la?,” Tanya Omar lagi ragu-ragu. Mereka bertiga cuba untuk menahan tawa.
            “ Ye la.. Kamu kena jagalah hati girlfriend kamu tu baik-baik.. Dia memang dah lama gilakan kamu, tahu tak??,” kata Dennis lagi.
            “ Ah, ye.. Terima kasih..,” kata Omar sambil tersenyum gembira. Kemudian dia pergi dari situ. Sebaik Omar berada jauh dari tempat mereka, deraian tawa yang ditahan tadi akhirnya pecah jua.
        
            Loceng kedengaran memenuhi setiap ruang di kawasan sekolah itu, menandakan waktu rehat bagi pelajar menengah atas telah tiba. Semua pelajar bergegas keluar menuju ke kantin. Lyra melangkah malas menuju ke kaunter makanan ditemani Anisah yang sentiasa berada di sisinya. Kedengaran pelajar-pelajar  lain berbisik sesame sendiri sebaik melihat kelibat Lyra. Dia tahu mereka sedang bercerita mengenai berita The Hot hari itu. Namun, dia malas nak hiraukan mereka semua lagi. Dia letih nak fikirkan lagi semua itu. Setiap hari, pasti ada saja cerita yang tidak benar mengenai dirinya dalam The Hot. Tapi, geram dalam hatinya terhadap The Hot masih terus menebal.
            “ Tak pe, hari ni hari korang.. Esok lusa, kita tunggulah..,” kata Lyra dalam hatinya.
            “ Lyra!!,” tiba-tiba kedengaran suara seseorang memanggilnya. Lyra segera menoleh. Kelihatan Omar berlari menuju ke arahnya. Dennis yang kebetulan berada di situ menghulurkan kaki di hadapan Omar menyebabkan lelaki itu tersadung dan terjatuh. Habis semua makanan di tangannya berselerakkan jatuh ke lantai. Semua pelajar lain di kantin itu hanya tergelak melihat kejadian itu. Namun tidak Lyra. Sekali lagi wajahnya merah menahan geram melihat tindakan Dennis tadi. Omar bangun semula dan berjalan menuju kea rah Lyra.
              “ Err.. sa..sa… sayang, maaflah.. Habis semua makanan yang saya nak bagi awak dah jatuh,” kata Omar kepada Lyra. Sebaik mendengar kata-kata Omar itu, Lyra membulatkan matanya.
              “ Apa awak panggil saya???,” Tanya Lyra sekali lagi cuba untuk memastikan bahawa dia tidak tersalah dengar sebentar tadi.
              “ Err.. sayang,” kata Omar. Serentak dengan itu kedengaran suara beberapa orang yang berada berhampiran dengan mereka tertawa. Sekali lagi wajah Lyra kemerahan menahan malu apabila diketawakan oleh mereka.
              “ Nanti saya beli semula,” kata Omar ingin beratur semula di kaunter makanan.
              “ Omar..tak payah..tak perlu susah-susah, saya dah beli makanan saya,” kata Lyra lembut. Dia tahu lelaki itu tidak boleh dipersalahkan kerana dia memang terkenal dengan sikap lurusnya itu. Malah Lyra amat bersimpati dengan lelaki itu yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar lain.
              “ Tapi kita kan couple, jadi saya kena ambil berat pasal awak,” lancer sekali ayat itu keluar dari mulut Omar. Sekali lagi, mata Lyra membulat dan kedengaran lagi suara pelajar-pelajar lain ketawa. Anisah yang berada di sebelah Lyra juga turut membulatkan matanya. Mereka berdua saling berpandangan. Huh! Masalah lagi!

               Lyra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sesekali dia bermain-main rumput di kakinya itu.
              “ Eii… serabutnya aku!!,” kata Lyra sendirian. Malam itu, sekali lagi dia pergi ke tembok itu, cuba mencari ketenangan.
             “ Serabut?? Kenapa??,” kedengaran suara di sebalik tembok sebelah sana.
             “ Moon??,” Tanya Lyra. “ Awak ada sini juga rupanya, saya tak dengar pun,” kata Lyra.
             “ Saya pun tak dengar awak, bila awak bersuara je baru saya perasan yang awak pun ada kat sini,” kata Moon.
            “ Entahlah Moon.. Rasa macam banyak sangat masalah sekarang, makin hari makin bertambah masalah saya. Saya rasa macam buntu. Tak tahu nak buat apa. Serabut sangat,” kata Lyra.
            “ Star… cuba awak tengok atas sana. Bulan masih bersinar, mengambang sama seperti beberapa hari yang lalu. Cantikkan? Mama saya pernah cakap, tengok langit malam tu.. Gelap,suram. Tetapi, jangan lupa, kehadiran bulan membuatkan malam menjadi cerah dan ceria. Bulan tu harapan. Sama macam masalah awak..masalah awak umpama langit malam, dan yang pasti akan ada harapan.. Yakinlah, awak akan dapat atasi masalah awak itu. As long as the moon still bright up the night, there are always a hope,”tenang sekali Moon berkata-kata. Lyra khusyuk mendengar. Hatinya tiba-tiba berasa tenang dan bersemangat sebaik mendengar kata-kata itu. Tak sangka, lelaki itu mampu membuat dia tenang.
               “ Ya.. mesti ada jalan untuk selesaikan masalah ni kan?,” kata Lyra. “ Terima kasih Moon..,” kata Lyra.
               “ Sama-sama kasih,” kata Moon. Lyra tergelak mendengar kata-kata Moon itu. Moon turut tersenyum, akhirnya dia dapat mendengar gadis itu tergelak buat kali pertamanya sejak mereka berkenalan di sebalik tembok itu.

4 ulasan:

WITHOUT A SOUND berkata...

ahaksss romantiknya moon..hihih

Kisah Ku Dan Ianya Tetap Aku berkata...

bru bce satu en3 da rse best , tp x bce dari stat la , coz bx sgt , , nnt klu ad mse sy bce semuaaaa , k , , papew pown mmg best la ,

Tanpa Nama berkata...

lagi lagi lagi

G3-lina berkata...

uikkk?? blog baru kE ni???? cerita mcm SYOK HABIS!! tp kene bce from bab 1 lah ni.. hehe~ **ketiggalan zaman suda!