BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 21 Mac 2011

Bab 2

Mata Lyra merah ke sekolah pagi itu. Semalam, semalaman dia menangis. Dia cuba hubungi Ray, namun tidak dapat. Setiap kali talian masuk, Ray pasti akan meletakkan telefonnya. Kenapa Ray buat begitu? Kenapa Ray hindarkan diri darinya? Soalan itu bermain di fikirannya. Ray tahu bahawa Lyra sayangkannya, tapi kenapa perlu Ray buat begitu kepadanya.
" Lyra.. janganlah terus sedih. Sabarlah," kata Anisah bagi menenangkannya.
" Aku tak faham dengan sikap Ray.. Aku sedih bila fikir perangai dia tu.. Semua ni salah D.I.E., memang salah D.I.E.!! Kalau mereka tak pukul dia tempoh hari, dia takkan pindah ke sekolah lain!," kata Lyra dengan marah.

Pagi itu, selepas waktu rehat, Lyra berlari menuju ke kelas 5 Beta. Mukanya merah padam menahan marah. Memang begitulah Lyra, jika dia marah, wajahnya yang putih itu pasti akan bertukar merah. Setibanya di hadapan kelas 5 Beta, Lyra terus menerjah masuk ke kalas itu tanpa memberi salam.
" Mana D.I.E.??!!!," panggil Lyra sebaik sahaja masuk ke kelas itu. Semua orang ternganga melihat kelakuan Lyra itu. Lyra menuju ke tempat D.I.E., namun mereka bertiga tiada di tempat mereka. Melihat tempat itu kosong, makin bertambah marah Lyra. lalu dia menghempaskan salah sebuah daripada tiga buah kerusi itu yang berkebetulan merupakan kerusi kepunyaan Dennis. Kemudian, dia terus berlalu keluar. Semua penghuni kelas itu hanya mampu melihat kejadian sebentar tadi. Tiada sesiapapun yang berani berkata apa-apa.
Lyra terus berjalan ke kelas dengan rasa amarahnya yang masih belum hilang. Dalam perjalanan ke kelasnya, kira-kira sepuluh kaki di hadapan, kelihatan tiga orang lelaki berjalan penuh megah. Gaya mereka, fuh.. sungguh mengancam. Di sekeliling mereka bertiga, semua gadis-gadis bagaikan tidak berkelip memandang. Tanpa berlengah lagi, Lyra mempercepatkan langkahnya ke hadapan. Pandangannya tajam ke arah The D.I.E itu.
Kini, langkah D.I.E terhenti, begitu juga Lyra. Pandangan mereka bertiga tepat ke arah gadis halus di hadapan mereka itu. Pertemuan itu bagaikan akan mengundang suatu pergaduhan yang julung-julung kali berlaku. Namun, setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka yang bersuara. Hampir lima minit lapan mata itu bertemu. Orang ramai mula mengerumuni mereka.
Akhirnya, Lyra meluahkan amarahnya. " Korang semua ni memang patut diajar!! ," tengking Lyra. Serentak dengan itu, Lyra mengangkat penumbuknya dan cuba untuk menumbuk salah seorang dari mereka,Irfan. Mujurlah dia sempat mengelak. Lyra masih tidak berputus asa, kali ini dia cuba menumbuk Evan pula. Namun, tangannya yang halus itu sempat disambut oleh Evan. Dia mengetap bibir geram, sambil cuba menarik tangannya yang dipegang kemas oleh Evan itu.
" Jangan biarkan tangan yang halus ini menjadi kasar gara-gara menumbuk orang," kata Evan lalu melepaskan genggamannya. Kemudian, mereka bertiga pun berjalan pergi meninggalkan Lyra. Lyra menggosok-gosok pergelangan tangannya yang terasa agak perit kesan genggaman Evan sebentar tadi.
" Korang semua memang tak guna!!!!," jerit Lyra kepada mereka semua. Namun, kata-kata Lyra itu langsung tidak dihiraukan. Mereka terus berjalan menuju ke kelas tanpa menoleh.
Hati Lyra berasa sangat sakit, sebak, sedih, semuanya bercampur-baur. Dia terduduk di situ. Sesetengah pelajar telah pun berlalu pergi, namun masih ada segelintir yang setia di situ untuk melihat apa yang akan Lyra lakukan seterusnya. Namun, Lyra sudah tidak mampu untuk mengejar tiga orang lelaki itu lagi. Dia terduduk di situ. Kemudian, sekali lagi air matanya mengalir. Anisah datang entah dari mana dan memeluk Lyra cuba untuk menenangkannya.
" Sabar Lyra.. Jangan kerana seorang lelaki kau jadi begini..," kata Anisah. Lyra hanya mendiamkan diri malas untuk berkata-kata.

0 ulasan: