BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 22 Mac 2011

Bab 3


      Lyra memandang sekelilingnya. Gelap. Suram. Sepi. Dia duduk bersandar pada tembok di belakangnya itu dengan tangannya memeluk kedua-dua belah lututnya. Dia memandang sayu sebuah pokok rendang betul-betul di hadapannya tidak jauh dari situ. Walaupun dalam kegelapan malam, namun cahaya samar-samar daripada lampu jalan membolehkan Lyra melihat bayangan pokok itu. Air matanya kini bergenangan semula memikirkan Ray.
       Fikirannya kini mula menerawang jauh,hingga ke setahun yang lalu. Pagi yang indah itu, Lyra duduk bersandar pada batang pokok rendang itu. Kelihatan sebatang pensel dan sebuah buku lukisan di atas ribanya. Melukis, memang itulah hobinya setiap kali dia mempunyai masa terluang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bakatnya dalam seni lukisan amat menyerlah sejak kecil lagi. Mungkin bakat itu diturunkan oleh ayahnya yang merupakan seorang arkitek. Sudah terlalu banyak pertandingan melukis yang dimenangi oleh Lyra sejak kecil lagi. Sebuah almari cukup untuk menyimpan piala-piala dan hadiah-hadiah yang diterimanya dalam menyertai pertandingan melukis sepanjang persekolahannya. Pertandingan melukis poster, pertandingan melukis potret, pertandingan lakaran grafik. Malah, dia juga pernah menerima anugerah Tokoh Pelukis Muda di peringkat antarabangsa tahun lepas. Ibu bapanya benar-benar berbangga dengan kejayaannya itu.
         Lyra memandang terus ke hadapannya, ke arah tembok yang merupakan sebahagian daripada dinding sebuah rumah banglo dua tingkat yang pernah dibina di tapak itu suatu ketika dahulu. Namun, rumah itu terbakar akibat litar pintas dan kini hanya tembok itu sahaja yang tinggal dan masih utuh berdiri. Waktu itu, Lyra baru berusia tiga tahun. Dan setahu dia, terdapat dua orang mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran itu. Disebabkan itulah tidak ramai penduduk di kawasan itu yang berani datang ke sana, kerana dikatakan bahawa terdapat beberapa orang penduduk pernah melihat mangsa kebakaran itu berkeliaran di kawasan itu. Namun, Lyra tidak pernah mempercayai cerita-cerita seperti itu. Bagi dia, hantu tidak wujud.
         Dia melukis gambar tembok itu dengan teliti. Bagi orang lain, mungkin gambar tembok yang sedang dilukisnya itu langsung tidak menarik. Tapi bagi dia, pemandangan itu kelihatan sangat kreatif. Sebuah tembok usang, teguh berdiri di atas tanah yang kini di tumbuhi rumput. Di kiri dan kanannya pula terdapat sebuah pokok yang tidak berdaun lebat. Burung-burung pula kelihatan bertenggek di atas tembok itu. Bagi dia, tembok itu unik.
          Tiba-tiba, seekor kucing melintas di hadapan tembok tersebut. Kucing berwarna coklat itu mengiau-iau seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba, kelihatan seorang lelaki pula yang melintas di tembok itu.
           “ Oh, itu pun kamu..,” kata lelaki itu sambil tunduk dan mengangkat kucing itu tadi ke dalam pangkuannya. Dia membelai lembut kucing itu sambil berkata, “ Felix, kamu nak ke mana ni?? “. Dia berdiri betul-betul di hadapan tembok yang sedang dilukis oleh Lyra. Lyra mula berkerut, teragak-agak untuk memanggil lelaki tersebut supaya bergerak ke tepi.
             “ Err..maaf.. Tapi boleh tak awak ke tepi sikit.. Err..awak menutup pandangan saya ,” kata Lyra kepada lelaki itu. Lelaki itu menoleh ke arah Lyra sebaik mendengar suara menegurnya. Kemudian dia segera bergerak ke tepi.
              “ Oh, maaflah ,” katanya sambil memberikan senyuman manis dengan lesung pipit di pipinya itu. “ Wah, handsome la pulak mamat ni,” bisik hati Lyra tersentak sebaik melihat lesung pipit di pipi lelaki itu. Kemudian, lelaki itu berjalan menghampiri Lyra sambil terus memangku kucingnya itu tadi.
               “ Awak ni, Lyra kan?? Pelukis sekolah tu kan??,” tanya lelaki itu, membuatkan mata Lyra membulat. Dia hairan bagaimana lelaki itu mengenalinya.
               “ Err..awak ni siapa ye?? Macamana awak boleh kenal saya?,” soalan dari lelaki itu tadi di jawab dengan soalan juga dari Lyra. Lelaki itu tersenyum mendengar pertanyaan Lyra itu.
               “ Saya student form 4 kat sekolah awak juga lah, takkan awak tak pernah nampak saya di sekolah kot,” kata lelaki itu menjelaskan kepada Lyra. Wajah Lyra kemerah-merahan menahan malu kerana tidak mengenali senior di sekolahnya sendiri.
               “ Maaflah.. Saya kurang kenal dengan senior sebab waktu rehat kita kan berbeza, jadi kita jarang jumpa. Saya pun jarang lalu kat blok form 4 dan form 5 tu,” kata Lyra, tetap cuba untuk memberi alasan. Tetapi memang itulah kenyataan yang sebenarnya. Memang kata-katanya itu benar. Dia kurang suka ke kawasan itu, maklumlah ramai senior yang perasan diri mereka sudah tua dan sering mengherdik junior-junior mereka ini apabila ternampak junior lalu di blok itu.
               “ Tak ape.. Saya kenal awak pun sebab awak kan terkenal sebagai pelukis sekolah. Banyak kali saya tengok awak naik pentas, terima penghargaan dan hadiah daripada pihak sekolah atas kejayaan awak ,” kata lelaki itu lagi dan sekali lagi dia tersenyum. Jantung Lyra berdebar melihat senyumannya itu. Memang handsome!
              “ Anyway.. Ray ,” lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Lyra sebaik sahaja duduk di tepi Lyra. Lyra tergamam seketika. Kemudian dia menyambut tangan lelaki itu dan berkata, “ As you know.. Lyra.. .”
              Lyra tersedar dari lamunannya, air matanya kini kian membasahi pipi. Dia mula teresak-esak dalam keheningan malam itu mengenangkan peristiwa itu. Dia benar-benar sedih apabila Ray kini cuba untuk menjauhkan diri darinya. Apa yang dia tahu, dia tak nak kehilangan lelaki itu. Dia sayangkan Ray dan jatuh cinta pada lelaki itu sejak kali pertama mereka bertemu itu lagi. Walaupun Ray tidak pernah menyatakan perasaannya pada Lyra, tetapi Lyra yakin bahawa lelaki itu juga turut menyimpan perasaan yang sama sepertinya kerana lelaki itu melayannya dengan cukup baik sekali. Tapi sekarang, kenapa semua ini berlaku??
              Persahabatannya dengan Ray hancur sekelip mata, gara-gara D.I.E yang tidak guna itu! Sekali lagi perasaan amarahnya datang membuak-buak. Hatinya benci mengingati lelaki bertiga yang membelasah Ray tempoh hari sehingga membuatkan lelaki itu berpindah sekolah.
             “ Kenapa awak menangis?? ,” tiba-tiba kedengaran satu suara dari balik belakang tembok tempat dia bersandar itu. Untuk sesaat, dia merasakan bagaikan jantungnya terhenti seketika sebaik mendengar suara itu. Adakah benar cerita penduduk di kawasan itu tentang hantu yang berkeliaran di situ? Hatinya berdebar-debar, nafasnya tertahan-tahan. Cuba meneliti dengan tepat suara yang baru didengarinya tadi. Manalah tahu, mungkin itu cuma khayalannya sahaja.
              “ Saya bukan hantulah.. Saya manusia,” katanya lagi, seolah-olah dapat merasai perasaan yang dialami oleh Lyra sekarang.
        “ Err.. siapa awak?? Macamana saya nak betul-betul yakin yang awak ni bukan hantu???,” Tanya Lyra lagi antara percaya dengan tidak. Dahinya kini sudah berpeluh, dia mula berasa seram sejuk. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia mula cuba untuk percaya akan kewujudan hantu. Dari tadi lagi dia berkira-kira untuk membuka langkah seribu, tapi entah mengapa kakinya begitu berat sekali. Barangkali dia begitu terkejut sehingga tidak mampu untuk berlari.
          “ Kalau awak tak percaya, awak boleh pandang ke sini, di sebalik tembok ni.. Saya memang betul-betul manusia ,” katanya bersungguh-sungguh. Lyra makin seram sejuk mendengar kata-kata lelaki itu. Pandang ke sana??? “ Eii, seram aku. Entah macamana rupa dia aku tak tahu,”bisik hati kecil Lyra. Kemudian dia ternampak seketul batu kecil dan mengambilnya lalu melontar ke tempat lelaki itu melalui atas tembok itu.
          “ Aduh!! Apa ni?? Sakitlah.. Nak bunuh orang ker??,” lelaki itu mengaduh.
         “ Opps, dia sakitlah. Mungkin memang betul manusia ni. Tapi aku takkan pandang kat sebalik tembok tu, tak berani aku,” bisik hati Lyra. “ Maaf.. Saya Cuma nak pastikan yang.. awak ni bukan hantu je,” kata Lyra.
         “ Apalah awak ni..sakit tau.. Nasib baik tak kena kuat.. Nanti kalau saya betul-betul jadi hantu baru tahu ,” kata lelaki itu sambil ketawa. “ Sekarang awak dah percaya la yang saya ni manusia?,” Tanya lelaki itu.
          “ 70 peratus..apa awak buat kat sini malam-malam buta ni??,” Tanya Lyra hairan.
          “ Halo, cik adik oi. Saya ni lelaki, saya tak apa kalau malam-malam lepak kat sini pun. Awak tu, buat apa kat sini malam-malam buta ni??,”jawab lelaki itu.
           “ Hmm..ye tak ye jugak,” kata hati kecilnya. “ Arghh..saya dah biasa duduk kat sini la malam-malam,” kata Lyra cuba mempertahankan dirinya.
          “ Saya pun selalu datang sini malam-malam. Tak sangka malam ni baru kebetulan kita jumpa,” kata lelaki itu.
          “ Saya akan datang sini bila hati saya tak tenang.. Kat sini saya akan dapat ketenangan ,” kata Lyra.
          “ Samalah kita. Awak tak takut ke datang sini malam-malam, tempat ni kan dikatakan berhantu,” Tanya lelaki itu.
          “ Takut?? Saya tak percaya semua cerita-cerita tu.. Saya kurang percaya perkara-perkara mistik ni,” kata Lyra.
          “ Menarik.. Jarang jumpa perempuan yang berani macam awak. Anyway, siapa nama awak ,” tanya lelaki itu yang masih terus berada di balik tembok itu lagi.
          “ Nama saya?? Hurm….,”kata-kata Lyra tersangkut di situ, cuba untuk tidak memberitahu nama sebenarnya kepada lelaki asing yang baru dikenalinya itu. Dalam masa yang sama, dia memandang langit dan tersenyum. Malam ni ada bintang Lyra! Cantik!
          “ Tengok kat atas sana. Saya adalah salah satu daripada bintang-bintang tu,” kata Lyra.
          “ Hurm..maksud awak??,” Tanya lelaki itu lagi tidak faham.
          “ Panggil saya Star..,” kata Cinta ringkas sambil tersenyum sendiri. “ Dan awak??,”Tanya dia pula.
          “ Star ye?,” lelaki itu mula faham bahawa Lyra tidak ingin memberitahu nama sebenarnya. “Kalau awak star, saya pula kat sana tu.. Saya adalah bulan yang sering menemani bintang itu. Saya Moon,”kata lelaki itu. Serentak dengan itu, Cinta memandang ke langit mencari bulan.
           Wah!! Bulan mengambang malam itu, cantik sama seperti bintang-bintang. Mereka berdua sama-sama terpegun memandang bulan itu. Mulai saat itu, terjalinlah perkenalan antara Moon dan Star. Ya, bulan dan bintang!