BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 24 Mac 2011

Bab 4


         Lyra berjalan menuju ke sekolah dengan wajah yang agak ceria berbanding hari-hari sebelumnya. Namun, dendam dalam hatinya terhadap D.I.E masih terus menyala,berapi-api. Otaknya ligat berfikir cuba memikirkan rancangan untuk mengenakan tiga lelaki tak guna itu. Namun belum sempat buat sebarang perancangan sudah ada berita TERGEMPAR untuknya pagi itu. Huh!
         Anisah berlari tercungap-cungap mendapatkannya di lorong Megasari sewaktu dia sedang berjalan menuju ke kelas. “Lyra!!,”panggilnya.
         “ La, kau ni apasal pula ni?? Tercungap-cungap lari, macam kena kejar hantu ni,” Tanya Lyra.
         “ Kau patut tengok berita dalam The Hot Lyra,” kata Anisah masih lagi tercungap-cungap.
         “ Huh, apalagi ni!!,”kata Lyra geram. Kemudian, dia segera menuju ke bilik The Hot beroperasi. Di hadapan bilik itu terdapat dua kaunter untuk pelajar-pelajar dating membeli atau mengambil naskhah yang mereka langgan setiap hari. Wow!! Ramai pula pelajar yang berkerumun di situ pada pagi itu. Agaknya apa pula berita palsu yang mereka keluarkan pada hari itu.
          Lyra terus berjalan mencelah semua pelajar yang bersesak-sesak di hadapan bilik itu. Nasib baik dia kurus, dapat mencelah masuk antara mereka. Akhirnya dia sampai di hadapan kaunter setelah bersusah –payah menyelit antara lautan manusia itu..Lautan??mungkin cukup sekadar sungai..Ya, sungai manusia. Dia terus menarik senaskhah akhbar itu dan meletakkan wang di atas kaunter cukup-cukup tanpa memerlukan baki, dan terus beredar keluar dari kawasan itu.
          “ Huh! Lemas aku!,”katanya sendirian. “ Kali ni, apa lagi?? Tak habis-habis nak sibuk dalam hal orang,”rungutnya sendirian sambil membuka lipatan cover page The Hot pagi itu.

LYRA & EVAN!! Sebuah gambar terpampang besar memenuhi satu muka surat depan akhbar itu; gambar dia sedang cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Elvin semalam.

           “ Siapa tahu, rupa-rupanya Evan D.I.E dengan Lyra bercinta dalam diam-diam. Selama ini, Lyra yang dikatakan hangat sedang bercinta dengan Ray itu kini bersama dengan Evan pula setelah Ray berpindah sekolah. Hubungan mereka berdua sebenarnya dikatakan sudah lama terjalin. Bagaimana ni?? Adakah Lyra cuba bermain cinta tiga segi bersama Ray dan Evan?? Memang tidak hairanlah jika berlaku pergaduhan antara Ray dengan D.I.E beberapa hari yang lalu sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar ini “
          
            “ Huh!! Diorang ni memang dah melampau! Semua ni mengarut!,”kata Lyra geram. Kemudian, sekali lagi dia berlari meredah sungai manusia yang masih berkerumun itu dan masuk ke bilik itu sambil menggenggam kemas The Hot di tangannya itu. Sebaik berada di hadapan Musa, Lyra mencampakkan naskhah itu ke atas meja di hadapan Ketua Editor The Hot itu.
            “ Aku nak kau tarik balik statement ni!!  Semua ni mengarut! Korang dah jatuhkan air muka aku dengan cerita-cerita yang tak betul ni!,” jerit Lyra di dalam bilik itu. Semua ahli-ahli The Hot tergamam seketika dan memandang ke arahnya. Begitu juga Musa. Namun, dia tetap menjawab.
             “ Alah, orang yang dah buat salah. Manalah nak mengaku salah sendiri,” kata Musa dalam nada menyindir.
             “ Kau…tak guna! Tengoklah nanti! Aku akan laporkan bahawa The Hot keluarkan berita-berita yang tak betul pada pengetua dan minta pengetua hentikan operasi korang di sekolah ini!!,” kata Lyra bernada mengugut. Namun, sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya itu, kedengaran pintu bilik tersebut diketuk. Kemudian, kelihatan Myra tercegat sebaik pintu dibuka.
              “ Pengetua nak jumpa dengan Lyra.. Sekarang juga.,” kata Myra. Sekali lagi semua mata memandang Lyra.
              “ Apa pulak kali ni?? Huh, nil ah bala kau pandai-pandai sebut nama pengetua tadi.. Kononnya nak lapor kat pengetua, sekarang kau pulak yang kena panggil oleh pengetua.. Memang malang betul nasib kau minggu ni Lyra,” Lyra berkata dalam hatinya.
              “ Kita masih belum selesai!!,” kata Lyra kepada Musa sebelum keluar dari bilik itu untuk ke bilik pengetua pula. Hatinya agak berdebar-debar memikirkan apa yang bakal berlaku. Kenapa pengetua memanggilnya??
              Sebaik tiba di hadapan bilik pengetua, Lyra mengetuk pintu bilik tersebut. Kedengaran suara dari dalam yang membenarkan dia masuk. Lalu dia memulas tombol pintu itu, dan melangkah masuk. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, dia amat terkejut apabila melihat D.I.E turut berada di situ. Kenapa mereka juga berada di situ??
              “ Kamu semua duduk dulu,” kata pengetua lembut sambil menunjukkan kerusi-kerusi di hadapan mereka. Mereka semua hanya mengikut arahan tanpa sebarang kata.
              “ Baiklah, mungkin kamu tertanya-tanya kenapa saya panggil kamu berempat.. Ya kan, Lyra?,”Tanya pengetua sambil memandang tepat ke mata Lyra dan tersenyum. Pengetua memang sudah cukup kenal dengan Lyra, kerana dia adalah pelukis sekolah yang sentiasa menerima anugerah. Dia juga pernah menemani Lyra dalam suatu majlis makan malam yang dihadiri oleh pelukis-pelukis kebangsaan dari sekolah-sekolah yang terpilih. Dan pengetua diminta menjadi pengiring mereka. Lyra hanya mengangguk mendengar pertanyaan pengetua itu.
                “ Hurm.. saya dengar kamu bergaduh dengan mereka bertiga semalam,” kata pengetua lembut kepada Lyra.
               “ Maknanya pengetua tahu yang akhbar tu keluarkan kenyataan tak betul??,” Tanya Lyra agak terkejut.
              “ Saya dah lama tahu yang semua berita-berita yang mereka keluarkan selama ini tak betul,”kata pengetua. “ Saya dah pasang spy di sekolah ni. Memang tak hairan kalau saya boleh tahu semua yang berlaku dalam kawasan sekolah ni,” kata pengetua sebaik melihat dahi Lyra berkerut bagaikan bertanya ‘ Macamana dia dapat tahu?’.
              “ Ye pengetua.. Betullah apa yang pengetua cakap tu..,” kata Lyra sambil menunduk ke bawah.
              “ Ok, saya taknak Tanya kenapa, sebab saya tahu mungkin itu perkara peribadi kamu.. Tapi, disebabkan kesalahan kamu semua itu, saya mesti denda kamu juga.
              “ Hah!! Denda??!!,” serentak mereka berempat berkata. Masing-masing menunjukkan muka terkejut. Pengetua hanya tersenyum.
             “ Ya..memang salah kamu kan? Jadi, apa denda yang kamu rasa paling sesuai bagi kamu??
             “ Denda  ketuk ketampi kat sini je la cikgu,” cadang Irfan.
             “ Saya denda kamu semua kena buat kerja-kerja sosial bersama-sama selama 3 bulan.. Tak kisahlah ape pun kerja sosial itu..” kata pengetua tanpa mendengar cadangan Irfan itu tadi.
              “ Hah???!! Apa?!!!!!!,” keempat-empat mereka separuh menjerit di dalam bilik itu.